20231117_185900

Ampang – Dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan mutawif dan mutawifah terlatih daripada kalangan anak tempatan yang bertauliah selain memberi peluang pekerjaan biarpun bukan daripada lulusan agama, UAF Manaasik Resources telah menganjurkan Kem Mutawif Integrasi (KMI).

Pengasasnya, Ustaz Haji Abdullaah Feisal berkata beliau mengambil masa selama 8 tahun sebelum berjaya menganjurkan KMI Haramain pada tahun ini.

“Sebelum ini saya hanya menganjurkan KMI sahaja dan bermula pada tahun ini kita lebarkan kem ini kepada KMI Haramain dimana para mutawif dan mutawifah diberikan latihan dan ilmu di Mekah dan Madinah.

“Ini bagi memberikan pendedahan dan pengalaman sebenar di Tanah Suci agar mereka ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah sekali gus membawa pulang ‘Mansya’ ” katanya dalam sidang media selepas Majlis Graduasi Kem Mutawif Integrasi Haramain di hotel Grand Barakah disini petang Jumaat.

Beliau menambah, sebelum ini kerjaya mutawif hanya dipelopori golongan asatizah sahaja, namun kini diluaskan kepada sesiapa yang berminat tidak kira peringkat umur mahupun tahap pendidikan.

“Kem ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan tidak tertakluk bagi mereka yang ingin menjadi mutawif tetapi digalakkan juga kepada orang ramai yang ingin menambah ilmu pengetahuan.

“Peserta wajib mengikuti KMI terlebih dahulu sebelum menyertai KMI Haramain bagi memastikan diri benar-benar terlatih dan memahami setiap modul.

“Bagi yang ingin menjadikan ini sebagai kerjaya, boleh menawarkan kepakaran di mana-mana agensi haji dan umrah mahupun persendirian” ujarnya lagi.

Sementara itu, Abdullaah juga berharap dapat berkerjasama dengan pihak kerajaan dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengiktiraf sijil KMI dan menjadikan kem ini sebagai satu kursus ilmiah dan kemahiran profesional.

Jelasnya lagi, setiap modul latihan yang diguna pakai sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) negara Malaysia dan Arab Saudi.

Seramai 20 orang mutawif dan 22 mutawifah dianugerahkan sijil penyertaan dan pengesahan profesional di majlis graduasi tersebut.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading