Kuala Lumpur – Program TikTok Asia Battle 2024 melabuhkan tirainya ahad lalu dengan menyaksikan 8 orang peserta berentap bagi meragkul gelaran juara.
Pengasas program, Zul 2by2 berkata ianya bukan suatu yang mudah bagi memilih peserta yang layak diangkat sebagai pemenang, kerana kesemua finalis mempunyai kehebatan tersendiri.
“Semua finalis yang dipilih ada kelunakan dan range suara tersendiri dan sudah pasti mereka antara yang terhebat.
“Penelitian dari pelbagai aspek perlu dinilai dan pada malam final kita pilih yang paling terbaik bukan sahaja kualiti suara tetapi teknik nyanyian dan persembahan juga turut memainkan peranan” katanya.
Menggunakan media sosial sebagai saluran mencari bakat baru sejak bulan Mac lalu, usahanya mecungkil bakat-bakat baru sekaligus memupuk orang ramai dengan konten-konten yang baik dan mampu menjana pendapatan.

“Proses keseluruhan battle bermula dari audition hingga final mengambil masa 3 bulan dan pemenang juara dan tempat kedua berpeluang mengeluarkan lagu single sendiri yang akan dibantu saya sendiri.
“Saya sudah lama memikirkan idea ini kerana kita ramai bakat-bakat baru yang hebat tetapi mereka tidak tahu dimana untuk ketengahkan bakat tersebut.
“Saya berharap akan menjadikan program secara tahunan dan membuka peluang kepada lebih ramai penaja malah peserta memeriahkan lagi program ini.” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, dengan sambutan luar biasa dari 4 buah negara peserta antaranya, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei ini membakar semangatnya untuk melancarkan TikTok Asia Battle musim kedua pada tahun hadapan.

Bagi final TikTok Asia Battle 2024 ini mengangkat Fandy James dari Sabah sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 beserta sebuah single baru dan pembikinan video muzik. Disamping itu, beliau juga menerima koin tertinggi melalui siaran Live di TikTok.
Manakala, Inocent Purwanto dari Indonesia di tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM1500 dan sebuah single baru karya Zul 2by2, manakala Nita Puspita Dewi dan Zacky Kapten di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1000.

Hadiah-hadiah menarik termasuk single terbaru lagu ciptaan Aiman (Zul2by2) melibatkan koş bernilai RM8000 dan pembikinan video muzik bernilai RM4000.
Zul turut menghargai penyertaan ramai penaja yang menyokong program ini antaranya Julia Suarez, Sharlina Katering dari Brunei, Sirotol Mustaqim, Bang Mie, SweetMaya Event Management, Zieda 36 Auto Garage, Dangau 2by2 Seafood & Western dan Malaysianews TV sebagai media rasmi.
