Seperti yang dijanjikan, Team Malaysianews TV berkesempatan mencuba sendiri kehebatan HONOR X9c 5G. Boleh kami katakan ini adalah telefon pintar paling kuat dan teguh yang harus jadi pilihan bagi anda.
Seperti Reaksi Pertama kami sebelum ini, anda boleh lihat beberapa spesifikasi hebat yang kami telah tekankan. Kali ini kami terangkan lebih mendalam mengapa HONOR X9c WAJIB jadi pilihan anda.
HONOR X9c 5G merupakan perkembangan lanjut dari HONOR X9b 5G, menawarkan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh yang meningkatkan ketahanan peranti. Dapat menahan jatuhan dari ketinggian 2 meter, HONOR X9c 5G menggunakan rekaan lengkung Bézier unik untuk perlindungan 3D, serta dilengkapi dengan kaca tempa super kukuh yang memberikan ketahanan calar yang lebih baik, termasuk pada kamera belakang.
Paling Kuat, Teguh, Tahan Pecah, Tahan Calar
Penarafan kelasakan dari segi kerintangan debu dan air juga dipertingkatkan pada telefon pintar ini dengan kali ini mempunyai IP65M. Untuk makluman anda, huruf M pada penarafan tersebut menunjukkan telefon pintar ini mampu bertahan dari semburan air bertekanan tinggi dari semua arah.
Skrinnya juga memperlihatkan naik taraf walaupun masih lagi mengekalkan skrin melengkung untuk paparan OLED 6.78-inci yang kini lebih jitu dan terang berbanding model sebelumnya. Selain menawarkan kadar penyegaran semula skrin 120Hz, skrinnya ini juga mempunyai penarafan SGS Five Star Comprehensive Reliability Certification.

Ia disebabkan oleh ciri tahan lasaknya yang mampu bertahan dari pancutan air bertekanan tinggi yang mampu membelah tembikai, Ia juga tidak rosak apabila dijatuhkan pada ketinggian 2 meter berulang kali dan malah boleh dijadikan seperti penukul untuk mengetuk paku.
Kapasiti Bateri Silikon Terbesar

Peranti ini menampilkan kapasiti bateri karbon silikon terbesar dalam industri, memperbaiki prestasi bateri dari model sebelumnya yang mempunyai 5,800mAh. HONOR X9c 5G menawarkan pengecasan yang lebih pantas dan kemampuan bertahan yang lebih lama, sesuai untuk penggunaan yang lebih intensif.
Paparan Keselesaan Mata Flagship
Dengan fokus pada kesejahteraan pengguna, HONOR X9c 5G menyajikan paparan yang lebih baik untuk mengurangkan keletihan mata. Ciri-ciri seperti kecerahan puncak HDR dan pengurangan kerlipan menjadikan peranti ini pilihan ideal bagi mereka yang menggunakan telefon untuk tempoh yang panjang.

Kamera Dikuasakan AI
Kamera Ultra-sensing 108MP dengan OIS pada HONOR X9c 5G menawarkan kestabilan imej yang lebih baik daripada model sebelumnya. Peningkatan ini memastikan kualiti gambar yang lebih tinggi, memberikan pengalaman fotografi yang lebih mantap dalam pelbagai keadaan.

Terdapat dwi-kamera pada bahagian belakangnya yang menampilkan sebuah kamera utama 108MP f/1.8 dan sebuah lagi kamera bersudut ultra-lebar 5MP. Berbanding modelnya yang terdahulu, kamera utama HONOR X9c 5G mempunyai sokongan OIS. Di sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 16MP.


Ciri-ciri Magic AI yang Lebih Pintar
Dikenali sebelum ini hanya pada peranti flagship, ciri-ciri HONOR Magic AI kini juga terdapat pada HONOR X9c 5G. Ini meningkatkan kefungsian peranti dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan pintar.


Audio Lebih Kuat dan Berkuasa
HONOR X9c 5G dilengkapi dengan sistem pembesar suara berkembar yang membolehkan pengalaman audio yang lebih imersif. Dengan peningkatan volum maksimum sehingga 300%, peranti ini menjanjikan kualiti audio yang hebat, memperkayakan pengalaman pengguna.

Jaminan Tiga Tahap untuk Ketenangan Pengguna
HONOR X9c 5G menawarkan pakej Jaminan Tiga Tahap yang termasuk penggantian retak, jaminan bateri, dan polisi penggantian satu sama satu. Pakej ini memberikan pengguna keyakinan dan ketenangan fikiran dalam menggunakan peranti, memastikan perlindungan menyeluruh selama tiga tahun.
Pelanggan yang membuat deposit awal dan membeli telefon ini apabila ia dilancar nanti akan menerima hadiah premium bernilai RM1,486 yang terdiri daripada:
- Pelan Jaminan Tiga Tahap yang mengandungi Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari
- Polisi Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari
- Jaminan Bateri 36 Bulan
- Jam Tangan HONOR Choice Haylou
- Rebat segera RM99

Selain itu, pelanggan yang membeli telefon dengan Early Bird Special boleh menyertai cabutan bertuah dan 10 pemenang pemenang akan membawa pulang wang tunai RM1,500, manakala 300 pemenang lain akan menerima pembersih HONOR Choice Robot Cleaner R2 (bernilai RM1,299). Pemenang akan diumumkan pada 29 November 2024.
Tawaran Menarik Pembelian Terawal HONOR X9c 5G
Setakat ini masih lagi belum diketahui berapakah harga jualan HONOR X9c 5G di pasaran Malaysia. Sebagai perbandingan, HONOR X9b pada tahun lepas dijual pada harga RM1,499 dan dijangkakan harganya mungkin akan ditawarkan sekitar itu juga. Apa yang pasti, HONOR X9c akan didatangkan dengan pilihan warna Titanium Purple, Jade Cyan dan Titanium Black (seperti unit ulasan yang kami terima ini).
Menjelang pelancarannya, HONOR Malaysia menawarkan promosi pembelian terawal bermula dari sekarang sehingga 4 November 2024 dengan hanya mendepositkan RM9 sahaja. Anda akan ditawarkan dengan hadiah percuma bernilai RM1,486 seperti jam tangan HONOR Choice, polisi penggantian keretakan depan dan belakang 365-hari, penggantian satu-kepada-satu 180 hari dan juga jaminan bateri selama 36-bulan.
Harga Masuk Akal
Harga jualan rasmi adalah bermula RM1499 dan RM1699 dengan pratempah dibuka bermula sekarang hingga 14 November 2024. Hadiah menarik bernilai RM1486 disediakan yang termasuk Honor Choice Haylou, jaminan gantian retak hadapan dan belakang selama setahun, polisi gantian peranti one-to-one selama 180 hari tanpa perlu membaiki peranti sedia ada dan jaminan bateri tiga tahun tanpa sebarang kos tambahan.

Kesimpulan
HONOR X9c 5G ini pilihan paling sesuai bagi anda yang lasak. Ketahanan ultra nya itu menjadikan anda tidak perlu risau jika ia terjatuh atau terendam dalam air yang panas.
Secara tidak langsung dilihat mampu bantu mengukuhkan lagi kedudukan Honor di pasaran ini khususnya bagi segmen telefon kelas pertengahan bawah RM1500.









