Kuala Lumpur – Selepas filem Jangan Pandang Belakang mencipta fenomena pada tahun 2007, syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) bakal mengeluarkan sekuel filem seram berkenaan.
Filem Jangan Pandang Belakang 2.. Aku Tahu Asal Usulmu yang diarahkan oleh Pierre Andre itu bakal menemui penonton pada 21 November ini.
Menurut Pierre, meskipun sudah lebih 10 tahun tidak menjadi pengarah, dia cuba untuk memberikan yang terbaik supaya karya tersebut berjaya dan sekali lagi mencipta fenomena.

Malah Pierre juga memberi jaminan bahawa filem ini lebih seram berbanding sebelumnya.
“Kita tahu Jangan Pandang Belakang 1 sedah 17 tahun. Apa yang saya janjikan adalah ini merupakan filem paling seram yang saya hasilkan. Ia juga berbeza dengan yang pertama,” ujarnya.
Pembukaan filem ini dipaparkan gangguan demi gangguan dialami oleh watak Mak Lang yang dilakonkan oleh Khatijah Tan. Scene ketika Mak Lang diganggu ketika solat sudah cukup membuatkan penonton merasai ketakutan dan debarannya.
Lakonan Khatijah Tan cukup pefect dengan lontaran suara dan mimik wajahnya yang menyeramkan. Melihatkan itu sahaja mampu menakutkan penonton. Pasti!

Efek pencahayaan dan bunyi pada filem JPB2 ini mempengaruhi penonton seolah-olah berada dalam scene sebenar. Ia benar-benar seperti satu rasukan meresap dalam diri. Kita menonton dalam suasana yang cukup menyeramkan.
Ditambah watak Lynn yang dipegang oleh Emma Maembong juga dilihat kuat berhadapan ibunya, Mak Lang yang dirasuk. Keberanian dirinya untuk menyelamatkan ibunya ditambah dengan beberapa kejadian mistik membuatkan penonton tertanya-tanya apa penyebab keluarganya diganggu oleh jin dan saka.
Kemunculan Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Doktor Azim membuatkan penonton tertanya-tanya apakah niat sebenar sosok itu dalam merawat Mak Lang. Wataknya penuh tanda tanya sehinggalah pada penghujung filem terbukti beliau menggalas satu watak jahat yang bergelumang dengan amalan khurafat.
Pemilihan pelakon yang dipilih oleh pengarah cukup mengena dan tepat sekali.

Filem JPB2 mengisahkan tentang saka keluarga Opah yang mencari mangsa baharu untuk diikat. Namun, terdapat rintangan dan misteri yang menyebabkan pelbagai insiden ngeri berlaku.
Antara pelakon yang akan membintangi filem ini ialah Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Hafidzuddin Fazil, Cat Farish, Kel Narina dan lain-lain.

Metrowealth International Group (MIG) mengumumkan filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu (JPB2) terbitan syarikat itu mencatat rekod tersendiri apabila ia bakal ditayangkan di 14 negara.
Menurut Pengasas dan CEO MIG David Teo, dia sendiri tidak menjangka sekuel kepada filem yang mencetus fenomena 17 tahun lalu itu, iaitu Jangan Pandang Belakang (JPB) mendapat sambutan di luar jangkaan daripada pengedar antarabangsa.
Selain Malaysia, negara lain yang berada dalam senarai tayangan adalah Singapura, Indonesia, Brunei, Australia, Vietnam, Laos, Filipina, Thailand, Kemboja, Turkiye, New Zealand, Rusia dan Myanmar.

JPB2 bakal menemui penonton di pawagam tempatan pada 21 November ini manakala tayangan di negara luar rantau Asia dijadual seminggu atau sebulan kemudian.
Disarankan orang ramai menonton filem ini. Kami katakan JPB2 sebuah filem wajib tonton dan merupakan filem tempatan paling menyeramkan setakat ini.
