b7fc7877-4683-4a84-be2a-847caa25d93f

Kuala Lumpur – Jenama fesyen tudung, Ariani melancarkan koleksi Ariani Lebaran 2025,  berkonsepkan ‘Hikayat Ariani, Karya Seindah Busana’ iaitu rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna menarik untuk digayakan, pada Aidilfitri ini.

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, Ariani mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya cukup menawan.

Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, menyatakan kegembiraan dan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia ARIANI. Beliau juga menekankan komitmen ARIANI dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif.

Katanya, berpaksikan identiti jenama itu koleksi selendang,hijab dan pakaian dipasarkan pada harga berpatutan seiring dengan kualiti, dijual di butik fizikal dan secara dalam talian” katanya pada Pertunjukan Fesyen Ariani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Jelasnya, Koleksi ARIANI kali ini mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan. Sebanyak 158 daripada 600 pilihan hijab dan busana terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan yang dipertontonkan kepada 1000 tetamu yang hadir pada majlis pertunjukan fesyen itu.

“Aidilfitri nanti bukan sahaja kita berkumpul dan bermaaf-maaf malah ia adalah simbol dimana kita raikan bersama yang tersayang dengan pakaian baharu, tidak kira samada pakaian itu murah atau mahal kerana itulah nilai sentimental yang kami terapkan kepada para pelanggan.

“Untuk tahun ini, kita sasarkan peningkatan jualan lebih dari tahun lepas dan masihkan menetapkan duta ARIANI yang sama iaitu Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally.

“Manakala untuk tahun ini kami melantik Rozita Che Wan sebagai duta ARIANI LUXE dan Fyza Kadir pula bagi ARIANI PREMIUM” ujarnya.

ARIANI juga turut memperkenalkan 11 wajah baharu untuk kempen raya ARIANI 2025 termasuklah Siti Khadijah, Siti Saleha, Amyra Rosli, Mawar Rashid, Uqasha Senrose, Liza Abdullah, Aqila Shamsudin, Amar Baharin, Naim Danial, Roy Azman dan Ezzaidi Aziz, di samping turun bekerjasama dengan rakan-rakan pempengaruh Tiktok yang lain.

Meneruskan pertunjukan fesyen ARIANI pada petang itu, acara tertumpu kepada koleksi ARIANI READY-TO-WEAR. Menurut Datin Farah Haryani, sebanyak 300,000 helai baju raya yang terdiri daripada kurung, jubah, kurta dan baju melayu disediakan untuk lebaran kali ini. Meskipun hanya 158 rekaan sahaja dipertontonkan pada pertunjukan fesyen kali ini, hakikatnya ARIANI RTW mempunyai 300 rekaan terkini yang terdiri daripada baju kurung dan jubah bercorak serta polos di mana saiznya bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja sehinggalah saiz dewasa yang didatangkan dalam hampir 10 material berbeza, termasuklah cotton, satin, twill, brocade serta yang terbaru chiffon, crepe, jacquard dan banyak lagi.

Koleksi pakaian lelaki ARYAN turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa. Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci.

Penampilan hero-hero Malaysia yang terdiri daripada Dato Rahim Razali, Dato Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman dan Zarul Umbrella memperagakan koleksi lelaki.

Farah turut menambah, ARIANI berkerjasama dengan LIBERTY LONDON, yang merupakan sebuah gedung fesyen mewah yang terkenal di London. Selain menawarkan pilihan fabrik yang berkualiti dengan corak bunga ikonik, LIBERTY juga menawarkan fesyen ready to wear, aksesori wanita, barangan kecantikan dan dekorasi rumah dengan sentuhan klasik dan unik.

Koleksi LIBERTY X ARIANI ini menampilkan 5 rekaan potongan tradisional dengan empat pilihan corak evergreen dari LIBERTY sebagai simbolik mengangkat nilai budaya Malaysia bersama jenama antarabangsa.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading