8962a7b4-f589-40f1-a2a3-9a9cb3ed0da4

Kuala Lumpur – Jenama produk penjagaan kulit, RIMAN Skincare yang popular di Korea Selatan kini mula dipasarkan di Malaysia. Jenama ini menggunakan teknologi yang dipatenkan untuk memaksimumkan faedah bahan warisan yang diperoleh secara mampan dari Pulau Jeju bagi meningkat revolusi penjagaan kulit.

RIMAN Skincare kini secara rasmi melancarkan operasinya disini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pasaran strategik keenam selepas Korea Selatan, Amerika Syarikat, Mexico, Taiwan dan Hong Kong.

Pelopor jenama ini di Malaysia, Datin Seri Zuraida Dahari dan pasukannya, ZD Team berkata, beliau mendapat sokongan penuh dari RIMAN di Korea Selatan bagi meluaskan jenama ini ke Malaysia.

“Saya sendiri telah menggunakan produk RIMAN dan ia sangat sesuai untuk jenis kulit dan cuaca di negara kita.

“Kemudian, saya dihubungi pihak HQ Riman Korea untuk mengembangkan bisnes di Malaysia.


“Melihat kepada peluang yang sangat besar dan potensi yang tinggi untuk berkembang, saya mengambil kesempatan untuk turut serta membawa lebih ramai lag menyertai Riman Malaysia” katanya selepas pelancaran jualan di Menara Hap Seng disini.

Ujarnya lagi, RIMAN Malaysia menyediakan platform lengkap yang menyokong ahli baharu dengan latihan dalam talian secara harian, panduan pemasaran, serta sistem pesanan atas talian yang mesra pengguna.

Setiap ahli akan menerima ID khas untuk membuat pesanan secara terus tanpa perlu menyimpan stok dalam kuantiti besar, sekali gus mengurangkan risiko dan modal permulaan. Ini menjadikan RIMAN sebagai pilihan ideal bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, tanpa perlu pening kepala tentang urusan logistik atau kos tersembunyi.

“Bukan sahaja kita boleh membantu para wanita mengekalkan kecantikan wajah tetapi dalam masa sama, dapat juga membantu menjana pendapatan dengan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera, khususnya golongan wanita Melayu.

“Di RIMAN, para usahawan berpeluang menikmati ganjaran menarik seperti komisen, bonus serta insentif yang tinggi dan paling utamanya, RIMAN adalah antara jualan langsung terbaik di Malaysia.

“Produk ini tidak boleh didapati dimana-mana kedai mahupun farmasi, ia hanya boleh dibeli melalui laman rasmi atau pengedar berdaftar kami sahaja” jelasnya lagi.

Tambahnya, bagi sesiapa yang ingin menambah pendapatan boleh mendaftar di RIMAN Malaysia disamping merebut peluang menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading