Highlight-MajlisPerasmianGaleriPelawatSitiKhadijah-DYMMTunkuAmpuanBesarNegeriSembilan_8May2025_LamanSitiKhadijah-77

Nilai – Jenama telekung dan pakaian muslimah terkenal, Siti Khadijah merasmikan Galeri Pelawat Siti Khadijah di Laman Khadijah disini, hari ini.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini berkenan mencemar duli merasmikan majlis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn Bhd, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, galeri ini yang berkonsepkan ‘One Stop Centre’ merangkumi pelbagai elemen bagi memberi pengalaman menarik kepada para pengunjung.

“Galeri ini dibuka bagi mengembalikan kenangan dan perjalanan Siti Khadijah sepanjang 15 tahun beroperasi.

” Ia tentang bagaimana sebuah jenama yang dimulakan dengan sederhana sehinggalah berkembang menjadi ikon keanggunan, ketelitian dan nilai tradisi” katanya.

Antara tarikan utama dalam galeri ini antaranya ruang pameran rekaan bentuk muka telekung, makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D), sudut interaktif dimana para pengunjung berpeluang merasai sendiri kualiti fabrik.

Sementara itu, DYMM Tuanku Ampuan Besar menyempurnakan perasmian upacara penyingkapan plak sebagai simbolik majlis.

Di samping itu, baginda berkenan meluangkan masa melawat galeri dan kilang jahitan.

Majlis turut diserikan lagi dengan demonstrasi menjahit sejadah mini di ruangan ‘Experience Centre‘.

Jelas Mohammad Munzir lagi, Siti Khadijah merupakan jenama tempatan pertama dalam segmen ibadah dan produk gaya hidup yang menyediakan destinasi lawatan bagi pengunjung merasai dan memahami warisan dan budaya serta sejarah sambil memberi inspirasi bagi generasi usahawan akan datang.

“Galeri ini juga dilihat berupaya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan Negeri Sembilan khususnya dan sektor pelancongan Malaysia amnya.

Turut hadir pada majlis ini, pengasas Siti Khadijah, Padzilah Enda, Isteri Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Yang Mulia Che Puan Isteri, Che Puan Anis Sobari dan anakanda baginda Yang Amat Mulia Tunku Zain Al- ‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz serta para tetamu kehormat lain.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading