5NINE-Super-App-Selangor_7

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan aplikasi semua dalam satu atau super-app dinamakan NINE, yang mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan kerajaan negeri termasuk sokongan dompet digital.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menguruskan pembayaran parkir, mengakses perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan tempatan, serta menggunakan kemudahan pengangkutan awam dan pelbagai perkhidmatan lain.

NINE turut menampilkan fungsi dompet digital sebagai teras utama, bagi memudahkan urusan pembayaran secara digital dalam satu platform.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan log masuk tunggal (SSO) untuk mengakses pelbagai sistem dan perkhidmatan kerajaan negeri secara lebih mudah dan selamat.

Aplikasi ini dibangunkan oleh Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd dan boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading