Samsung secara rasmi mengumumkan acara Galaxy Unpacked yang seterusnya akan berlangsung pada 22 Julai di London, England. Fokus pelancaran Samsung acara ini ialah tiga peranti Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Z Fold8 Wide dan Z Flip8 serta kemas kini jam tangan Galaxy Watch serta fon telinga Galaxy Watch.

Turut dijangka dilancarkan pada acara terbesar Unpacked untuk H2 2026 ini ialah cermin mata pintar dengan Android XR yang sudah diacah sejak penghujung 2025. Ia adalah usaha pertama Samsung melancarkan cermin mata pintar bagi memberikan persaingan kepada Meta dengan siri Ray-Ban Meta mereka.
Samsung Galaxy Z Fold8 Wide pula akan menjadi peranti kategori baharu kerana mempunyai skrin yang lebar dalam keadaan tertutup dan apabila dibuka lebih mirip nisbah skrin tablet berbanding Z Fold terdahulu. Kami juga akan melakukan liputan di Samsung Unpacked terusa dari London.
Tarikh pendaftaran

Kekal bersama kami dan daftarkan minat anda di sini untuk Peranti Galaxy seterusnya mulai 8 hingga 22 Julai 2026 bagi berpeluang memenangi hadiah dengan jumlah keseluruhan bernilai sehingga RM62,944 serta menerima e-voucher tambahan bernilai RM120 selepas melengkapkan pendaftaran anda.
Mulai 8 hingga 24 Julai 2026, pelanggan juga boleh membayar RM50 untuk mendapatkan Samsung Reservation+ Voucher bernilai RM250 yang boleh digunakan bagi pembelian peranti Galaxy Foldable seterusnya.
