KUALA LUMPUR – Selepas artis terkenal, Alif Satar disahkan positif COVID-19, ibu dan ayah penyanyi berkenaan juga disahkan dijangkiti pandemik berkenaan.

Mengesahkan perkara itu, pengurus Alif, Adlina berkata, selain orang tua penghibur berkenaan, adiknya juga didapati positif wabak yang sama.

Menurut Adlina, ketika ini, kesemua ahli keluarga artis yang diuruskannya itu menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Adlina berkata, isteri Alif, Sha Dila Halid serta tiga orang anaknya pula hanya menjalani ujian saringan pagi tadi.

Sehubungan itu, penyanyi, pelakon dan pengacara tersohor negara itu, memohon peminat-peminatnya agar mendoakan isteri dan tiga orang anaknya bebas daripada jangkitan pandemik COVID-19.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka memakluman, dia berada dalam keadaan sihat dan menjalani prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pasukan perubatan.

“Saya baru saja berbual dengan Alif menerusi telefon. Alhamdulillah, dia okey, namun sedang dipantau oleh doktor.

Sudah tentu Alif berasa bimbang dengan keadaan isteri dan anak-anaknya yang kini berada di Kuala Lumpur.

“Dia sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa berhubung isteri dan anak-anaknya,” kata Adlina.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading