Projek pembangunan terbaharu syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) iaitu Eka Heights menerima sambutan menggalakkan pembeli sebaik sahaja ia dilancarkan hujung tahun lalu.
Pembangunan eksklusif ini bukan sekadar tempat tinggal namun ia merangkumi kanvas yang menggabungkan ketenangan, kehidupan moden dan pelbagai kemudahan yang menjadikannya tempat yang sesuai untuk kediaman seisi keluarga.
Pembangunan bercampur yang membabitkan 10 presint itu telah berjaya menarik minat luar biasa pembeli khususnya di kawasan kediaman Eka 3 dan Eka 10.
Eka 3 yang menampilkan 430 unit rumah bersambung (link) habis dijual sejurus selepas pelancarannya pada bulan September 2023. Begitu juga, Eka 10, yang menawarkan 237 unit, mencapai jualan penuh hanya dalam satu hari semasa acara pengundiannya.
Kini, Eka Heights menawarkan lagi pembangunan yang tenang dengan kehijauan alam semulajadi yang merangkumi lebih 371 ekar hartanah utama di Seremban Barat dan merupakan pembangunan utama dalam Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV), sebuah projek berimpak tinggi yang ditetapkan untuk mengembangkan Kawasan Greater Kuala Lumpur. Direka untuk mereka yang menghargai komuniti, Eka Heights menawarkan perumahan yang mampu mencipta kenangan keluarga sepanjang hayat.

Ciri-ciri Utama:
Eka Heights merupakan pilihan yang terbaik termasuk untuk pembeli rumah pertama bagi mendapatkan rumah impian mereka.
Projek ini berada di lokasi yang sangat baik dan terletak di berhampiran Bandar Sri Sendayan, Bandar Enstek dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dengan keluasa 371.79 ekar tanah yang dibangunkan dengan teliti dan memiliki 3,620 unit kediaman yang menawarkan pelbagai susun atur, memastikan setiap gaya hidup dan ketenangan keluarga.
Terdapat 25 unit komersial untuk kemudahan dan perkhidmatan penting. Disamping itu, Taman Mageka seluas 15.5 ekar, pusat komuniti yang menawarkan ruang hijau yang subur untuk bersantai dan melakukan aktiviti rekreasi.
Eka Heights juga turut memilik aspek keselamatan dengan pagar keliling dan pondok rukun yang diletakkan secara strategik bagi memastikan penduduk menikmati ketenangan fikiran, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk keluarga anda.

Keindahan Taman Mageka yang memukau
Taman Mageka di Eka Heights terletak berkeluasan 15.5 ekar yang direka untuk memupuk kehidupan masyarakat dengan pelbagai tumbuhan hijau oasis yang menenangkan.
Taman ini mempunyai:
• Tasik seluas 8 ekar, sesuai untuk beriadah dan berkelah di waktu petang.
• Kawasan bermain seperti buaian gergasi, sangkar rumah pokok, gelongsor dan arca arnab, sesuai untuk kanak-kanak.


• The Sundial Plaza, menawarkan tempat yang indah untuk bertemu rakan-rakan atau menikmati perjumpaan keluarga.
• Kemudahan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup aktif, daripada berbasikal hingga berjoging
Eka Height – FERRA
Lambang Kehidupan Moden Ferra menampilkan rumah yang luas dan moden, sesuai untuk mereka yang mengutamakan ruang dan gaya hidup kontemporari.
Reka bentuk yang terbuka memberi lebih banyak ruang untuk bernafas dan cahaya semula jadi yang menyinari setiap sudut rumah.
Selain itu, keahlian Rumah Kelab (clubhouse) turut diberikan selama 5 terma untuk pelbagai aktiviti sukan seperti kolam renang, gymnasium, tennis, dan sebagainya


Dengan keluasan saiz kediaman 20’ x 70’ iaitu 2,142 kaki persegi memberikan anda kemudahan 4 bilik dan 3 bilik mandi yang sangat selesa.
Pembiayaan pinjaman ditawarkan dari RM 476,999*
Eka Height – MEORA
MEORA, sebuah pembangunan perumahan moden yang dikelilingi kehijauan alam semulajadi.
Alami lambang kehidupan moden dengan MEORA. Direka dengan teliti untuk keselesaan dan fungsi penting dengan keluasan 22’ x 70’ / 2,245 sq.ft. Kediaman ini menawarkan 4 bilik tidur yang luas dan 4 bilik mandi, menjadikannya ideal untuk keluarga dari semua saiz. Setiap unit mempunyai halaman belakang peribadi, sesuai untuk bersantai dan hiburan luar.

Kediaman dengan 262 rumah ini dilengkapi dengan sistem rumah pintar canggih, menyepadukan dengan lancar aspek keselamatan dan automasi untuk gaya hidup kontemporari. Temui masa depan kehidupan bersama MEORA, di mana inovasi memenuhi keselesaan.
Rumah Pegangan Bebas dengan reka bentuk luas dan berfungsi, kemudahan komuniti eksklusif dan keahlian Rumah Kelab percuma.

Pembiayaan pinjaman ditawarkan dari RM 574,999*.
Untuk maklumat lanjut mengenai Eka Heights, anda boleh terus WhatsApp ke https://wa.link/ghtaxx .

Kat Eka Heights nie kita boleh dapat rumah modern dan kehidupan berkomuniti yang best! Dikelilingi alam semulajadi, pasti jadi pilihan yang tepat. Berbaloi kan…
Sally mmg suka sgt dgn kediaman yg byk facilities…dia bukan semata rumah je…macam kalau duduk situ pun byk aktiviti boleh buat…kalau la Eka Heights ni dekat Ampang…hahahaha…dah lama beli seketul kekeke