Terkini

Hanya ±1,326.3382 ekar diluluskan untuk nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Kuala Langat – Tular isu penyahwartaan hutan simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) semalam, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

Dalam kenyataannya, JPNS memaklumkan telah menerima cadangan menyahwarta daripada Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat pada 14 November 2019.

Cadangan ini susulan satu keputusan pemberimilikan tanah melibatkan HSKLU seluas ±991.90 ha @ ±2,450 ekar yang diperolehi melalui MMKN Ke-30/2019
bertarikh 16 Oktober 2019.

Berdasarkan Seksyen 11, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 (Pindaan 2011), Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh menyahwarta kawasan hutan simpanan kekal sekiranya kawasan itu diperlukan bagi kegunaan ekonomi yang lebih tinggi daripada kegunaan masa kini dengan syarat
melalui penyiasatan awam terlebih dahulu.

Berdasarkan Seksyen 12, Enakmen yang sama, menyatakan keperluan untuk menggantikan kawasan hutan yang dinyahwarta dengan kawasan yang hampir sama atau lebih baik dari segi ekologi
dan keluasan.


Tambahnya, cadangan penyahwartaan HSKLU ini telah melalui proses
yang begitu teliti oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam selaras dengan Kaedah-
Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014 dan berlangsung selama 1 tahun sejak cadangan diterima.

Kesemua bantahan yang diterima telah dikumpulkan dan diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(MMKN) Selangor untuk pertimbangan lanjut.

Selain itu, hasil kajian pakar perunding
yang dilantik oleh Kerajaan Negeri iaitu UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd. pada tahun 2020 turut digunakan dalam pertimbangan penyahwartaan HSKLU.

Namun, hanya seluas ±536.70ha @ ±1,326.3382 ekar daripada keseluruhan
kawasan HSKLU ini diluluskan untuk dinyahwarta di bawah Seksyen 11 dan 12,
Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Berdasarkan keputusan yang sama, seluas ±581.48ha @ ±1,436 ekar telah diluluskan
sebagai kawasan gantian HSK iaitu melibatkan PT4182 Mukim Sungai Panjang,
Daerah Sabak Bernam seluas ±308.62ha @ ±762.29 ekar, Ampang Pechah, Mukim
Buloh Telor, Daerah Hulu Selangor seluas ±208.98ha @ ±516.40 ekar dan Bukit
Broga, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat seluas ±63.88ha @ ±157.86 ekar.

Oleh itu, kerajaan Negeri Selangor masih mengekalkan kira-kira 46 peratus daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat sebagai Hutan Simpanan Kekal.

JPNS juga mengesahkan sebahagian kawasan untuk penggantian baki Rizab Orang Asli Busut Baru iaitu seluas ±42.1ha @ ±103.9081 ekar di bawah Seksyen 7, Akta Orang Asli 1954.

Justeru, isu tuntutan perizaban kawasan
Orang Asli Busut Baru seluas ±1,000 ekar sebagai penggantian kawasan disebabkan
pembinaan KLIA sejak tahun 2006 dapat diselesaikan.


Kerajaan Negeri Selangor turut mengenakan beberapa syarat kepada pemaju Gabungan Indah Sdn. Bhd. yang telah diluluskan pemberimilikan di kawasan
nyahwarta HSKLU pada tahun 2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: